20 September 2012

jawapan cik google

aku tertanya tanya,
kenapa ek aku sensitif,
kenapa cepat sgt menangis
kenapa cepat sgt sedih
kenapa kenapa kenapa
so aku dh dapat jwpan
*gmbr atas tu siyes mata aku, caye k?

Sepanjang kehidupan seseorang pasti pernah melihat wanita menangis. Mengapa mereka menangis? Apakah punca yang membuatkan mereka menangis? Mengapa wanita lebih mudah untuk menangis berbanding lelaki? Pasti persoalan ini pernah berlegar-legar difikiran anda terutamanya lelaki. Tidak kira samaada mereka itu adalah ibu, isteri, kakak, adik, kekasih atau sebagainya, punca mereka menangis kebanyakannya sama. t5 akan menerangkan mengenai 5 punca utama mengapa wanita menangis.

Hormon - Seperti yang anda sendiri ketahui, hormon wanita lebih mudah berada di dalam keadaan yang tidak stabil terutamanya apabila mereka datang bulan. Tekanan yang sebelum ini biasa untuk mereka, akan menjadi satu tekanan besar yang mampu untuk membuatkan mereka menangis. Ramai wanita yang bersetuju menyatakan mereka lebih kerap menangis ketika datang bulan (haid). Elakkan daripada memberi sebarang tekanan kerana mereka akan menjadi lebih sensitif pada waktu ini. Dikhuatiri masalah yang kecil akan menjadi semakin besar.

Manipulasi - Adakah anda perasan bahawa kebanyakan wanita yakin bahawa lelaki lemah terhadap air mata wanita. Pemikiran seperti ini telah diterapkan sejak dari dulu lagi dan menyebabkan ada sesetangah wanita menyalahgunakannya untuk memanipulasi sesuatu keadaan itu. Mereka juga yakin bahawa seseorang lelaki sanggup malakukan apa sahaja hanya untuk memberhentikan tangisan air mata mereka. Ianya memang agak sukar untuk dinafikan, terutamanya apabila sedang berada didalam situasi, tetapi lama-kelamaan segala niat yang tersembunyi pasti akan terbongkar.

Luahan emosi yang ikhlas - Tidak semua wanita menangis kerana hendak memanipulasi anda, ia hanya segelintir sahaja. Lebih ramai wanita menangis kerana luahan emosi yang ikhlas. Seperti yang anda sendiri ketahui, pemikiran seseorang wanita lebih mudah dipengaruhi oleh emosi berbanding pertimbangan. Mereka secara automatik akan mengekspresikan sesuatu tindakan itu mengikut emosi yang sedang mereka lalui, berbanding lelaki yang cuba mengawal tindakan mereka supaya tidak terikut dengan rentak emosi mereka sendiri. Ini adalah perbezaan ketara antara lelaki dan wanita. Seseorang lelaki lebih mementingkan pertimbangan.

Kemarahan - Tidak sama seperti lelaki, wanita lebih cenderung untuk meluahkan kemarahan mereka melalui tangisan. Ia merupakan sifat semulajadi seorang yang bergelar wanita. Terutama apabila anda melakukan sesuatu perkara yang mereka tidak suka. Dan majoriti wanita bersetuju bahawa sekiranya mereka meluahkan kemarahan melalui tangisan, mereka akan berasa lebih tenang selepas itu. Ia juga dianggap salah satu alternatif terbaik untuk meluahkan perasaan bagi wanita.

Memori - Wanita merupakan makhluk ciptaan yang mempunyai pemikiran yang paling kompleks di atas muka bumi ini. Mungkin ketika anda sedang bergembira dan secara tiba-tiba sahaja mereka mampu untuk mengingati kenangan lalu yang boleh membuatkan mereka menangis. Menurut daripada kajian, wanita lebih banyak mengingati setiap detik kehidupan yang mereka lalui berbanding lelaki. Kebolehan memori mereka untuk mengingat kenangan dalam jangka masa yang panjang membuatkan mereka sering untuk muhasabah diri sendiri.

Tangisan memang agak asing bagi lelaki. Tetapi kesimpulan yang mudah untuk dibuat adalah, apabila wanita menangis, mereka sebenarnya memerlukan anda. Lakukan tanggungjawab anda sebaiknya untuk menenangkan mereka.

Addicted!


dulu time dapat android, aku install game nih la,
wa ckp lu, mmg asek melekat jelah ngan game
install sume nak yg best2
stardom nih pasal jd pelakon
mcmane korang nak popularkan diri
penat gak weh jd retissss android nih
kena jage hati peminat
setiap pakaian peminat judge
rambut pun kene smart smart
-_____-


yg ni, ajwad la ajak main
mmg penah install dulu dulu
tapi aku delete sbb kene ade internet baru leh main
tak silap aku r,
game ni ade lam fb
tp xbest la tgh sibuk nak im n dlm mase yg same nk jd gangster
haha :)

*game bkn pada budak budak je. zaman dah berubah. TQ.


JIKA ANDA MASIH BELUM BERPUNYA.
BACA NI :)

*klik jer link di atas
:)

19 September 2012

NEW SEMESTER

SEM 4 - PRACTICAL

aku pilih MPT secara jujurnya sebab aku follow kwn aku AISYAH mohon situ,
Ala, lagipun sebab nak berkawan.
Abah aku cadang aku praktikal Pejabat Tanah Temerloh.
Tapi aku taknak, bengang gak la abah
Aku wat chilek jelaaaa hee

So,
Seronok praktikal sini walaupun mule mule agak malu malu
Yelah, kite keje dgn akak akak,
kadang kadang ikut darah mude,
mulut dtg kurang di ajer
tacink pulak

Tapi so far,
Semua best best
rasa sayang pulak nak tinggal diorang.
Happening & Sporting

sebelah aku tu,
Puan Norhanita Bt Mohamed Yusof
Baik sangat, Sporting
Kadang - kadang mcm kawan.
kadang - kadang mcm mak.
Hehe
*anak bujang dia muda sgt lg lah :P

hello blog, rindu!

KEMBALI AKTIF
*
*
*

Entah. Entah kenapa rasa nak berblog balik. Maybe senang nak share mcm mcm.
Eventhough nowadays byk app yg canggih sehingga BLOG ni diketepikan
Tapi still ade Sentimental Value.

Bila tgk aku buat blog ni. January 2011
Lol, Nak masuk 2 tahun da -__-
Ni pun entah blog yg keberapa aku buat xD

Pastu, semua canggih canggih dah
Sampai aku pun tak faham,
tapi aku jenissss explore.
So jumpa mana setting,
Haih, cepatnya peredaran masa berlaku
Rasa mcm dah tua pulak
*tetibe.


29 June 2011

rahsia kata kata perempuan utk lelaki

FINE
Perkataan ini sering digunakan wanita untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. 


TAKDE APE APE
Ini bermakna ada sesuatu hal yang anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan wanita yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh.


PERGILAH !!
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si wanita menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'. PERGILAH bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah'. 


MENGELUH KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH KUAT' bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAKDE APA-APA'.


MENGELUH PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.


OK LAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang wanita boleh buat kepada lelaki. 'OK LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OK LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE'.


TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang wanita memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat 'OK LAH'.


TERIMA KASIH
Seorang wanita mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.


TERIMA KASIH BANYAK BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang wanita akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas 'MENGELUH KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-APA'.